Adeh. dah berape minggu beli, baru sempat nak buat review ni. Tu pun blogger terkenal Khai pernah suruh aku buat, baru teringat nak buat. Hahaha. Aku bukannye reti sangat nak buat review nih, so aku bantai jer la ape yang terlintas di fikiran nih. hehe.

1stly, daripade bulan january lagi memang aku dah tangkap cintan dengan iPad nih. Korang boleh tengok video penuh keynote iPad (1 jam 30 minit) oleh idola aku Steve Jobs di sini. Dan kemudiannya iklan 30 saat di TV bertajuk "Meet the iPad".

Tu adalah pengenalan pertama iPad kepada seluruh dunia dan akan mula dijual pada 3 April di US sahaja. Setakat ini, iPad hanya dijual secara rasmi di US dan hanya akan dilancarkan seluruh dunia pada bulan Jun ini. Tetapi kebanyakan negara sudah jual secara "underwater" termasuk Malaysia dan anda boleh tengok di Lowyat, bersepah-sepah orang jual.

Selepas aku beli jer iPad aku ni, balik rumah, 1st thing yang aku buat ialah Jailbreak iPad aku. Dah Jailbreak baru lah boleh install game dan apps yang pirate kan? Takkan nak beli apps ori pulak? gile mahal! iWork (iWork ni macam Microsoft Office) untuk iPad je dah 30 US Dollar kalau nak beli kat itunes. Tu belum beli games lagi. So bile dah Jailbreak, sume boleh install dengan free jer. hehehe.

Bagi aku, performance iPad ni memang terbaik! Bak kata video commercial nya, it's crazy powerful! Grafik games pun memang power! Walaupun pada mula nya nak belajar control games dengan jari ni kekok sikit, tapi lepas sejam dua tu, boleh jadi pro dah. heheh.

Walaupun Apple kata iPad ni boleh gantikan Netbook atau laptop, aku taklah setuju sangat. Sebab iWork dia pun tak lah semudah Microsoft Word atau Powerpoint kerana tahap iWork Apple ni dah advance dan target profesional user.

Surfing internet dekat iPad pulak memang rasa cool! Bak kata Steve Jobs, "it's the best internet device in this world, and it's a dream to type on it!". Memang betul ape yang dia cakap tu. Browsing internet di iPad menggunakan Browser Safari ciptaan Apple yang mempunyai banyak kelebihan tersendiri.

Finally, iPad ni tak sesuai untuk korang yang terlalu fokus pada kerja. iPad ni tak sesuai untuk membuat dokumen dan sebagainya melainkan korang dah biasa dengan iWork. iPad lebih fokus kepada internet surfing dan gaming. So kalo korang nak jual laptop korang dan nak guna iPad sebagai pengganti laptop, fikir dulu.

Hmm...itu jer kot buat masa ni, nanti ada apa-apa yang best aku update lagi ok. Ni aku letakkan gambar-gambar iPad aku dan Apps yang aku dah install buat masa nih. Layan~


(KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN)