Perkara Yang Wanita Lakukan Lebih Baik dari Lelaki
1:03 PM
Posted by Shibli
Hye Guys. Setelah beberapa artikel sebelum ni menghanjengkan Justin Bieber dan Edward Twilight yang menyebabkan perempuan2 panas hati, harini aku nak share benda yang memuji perempuan pulak ok? Takde la orang tuduh aku berat sebelah or "ghey" kan. Hahahah :P
Kat bawah ni ade beberapa perkara yang perempuan lebih baik berbanding lelaki. Tak dapat dinafikan... ade betulnye... benda ni saintis yang buat kajian... haha korang bace je lah ok :)

Kajian yang dilakukan baru-baru ini menyatakan bahawa wanita mengalami evolusi yang lebih baik berbanding lelaki. Perwatakan wanita menjadi lebih menarik dari masa ke semasa sedangkan lelaki berada pada tahap yang sama.
Selepas membuat bancian keatas lebih 2000 orang, selama 4 dekad, kajian menunjukkan bahawa wanita yang berperwatakan menarik mempunyai 16% lebih ramai anak berbanding yang mempunyai paras rupa yang biasa. Menurut kajian itu juga, sebanyak 36% wanita yang cantik akan melahirkan anak perempuan sebagai kelahiran pertama mereka.
Antara lain kelebihan wanita berbanding lelaki ialah :
1. Wanita sering terselamat daripada kemalangan. Agak menyedihkan tetapi inilah kebenaran. Lelaki lebih mudah menemui ajal iaitu sebanyak 77% berbanding wanita. Itu adalah antara kajian yang dilakukan oleh Carnegie Mellon University
2. Wanita merupakan penenang. Kajian keatas 2000 orang menunjukkan bahawa, majoriti lebih suka menceritakan masalah kepada perempuan tentang apa yang mereka hadapi.
3. Wanita lebih kekal dalam kerjaya.
4. Kecemerlangan akademik. Ramai yang sedia maklum, lebih ramai wanita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
5. Lebih sihat. Bancian oleh University of Minnesota keatas 14000 orang mendapati, wanita lebih gemar memakan sesuatu yang menyihatkan berbanding lelaki.
6. Sistem imunisasi yang lebih kuat. Tidak hairanlah lelaki lebih bersifat keanak-anakan apabila mendapat demam. Semuanya kerana estrogen. Ia merupakan senjata untuk melawan infeksi bakteria dan virus.
7. Hidup lebih lama. Oleh kerana wanita menjaga pemakanan dan sentiasa berhati-hati dalam apa jua yang dilakukan, maka jangkahayat wanita juga lebih panjang.
8. Lebih layak menjadi pengurus. Bunyi agak sedikit kontroversi. Tetapi pakar-pakar mengesahkan, wanita merupakan pendengar yang setia, mentor dan penyelesai masalah. Malah mereka juga boleh menyelesaikan pelbagai tugas pada satu masa.
9. Bijak berbelanja dan melabur. Tidak dinafikan, sebanyak 100,000 portfolio menunjukkan wanita memperolehi keuntungan antara 11 hingga 18 peratus lebih, berbanding lelaki apabila melabur. Ini kerana mereka lebih berhati-hati dan sentiasa memikirkan baik-buruk dalam jangkamasa panjang sesuatu pelaburan yang dibuat.
Hahaha itulah antara beberapa kajian yang diorang buat. Aku sebagai lelaki sejati tak dapat nafikan benda2 ni. Memang ada kebenarannya. Btw, aku baru jer letak chatbox dekat tepi blog nih, so rajin2la komen or tinggalkan ape2 pesanan kat situ.
Oklah, itu saje artikel ringkas untuk kali ni. Thanks sebab rajin jadi pembaca setia blog hina ini T.T harini blog ni dah ada lebih 5000 orang yang membaca.... woot woot!! i love you all strong lah!! hahaha. =)
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Entertainment,
Featured,
Others
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment