Alhamdulillah, berkat rezeki Allah S.W.T, harini aku berjaya membeli sebuah Apple Macbook Pro. Dah lama plan nak beli laptop, tapi still kompius nak ambik Macbook Pro ataupun Dell Studio. Dan harini, aku memilih Macbook Pro dari Apple setelah membuat research beberapa bulan melalui internet.

Dalam hidup aku, aku tak pernah "sentuh" atau "familiar" dengan Mac OS (Mac OS ialah Windows bagi Laptop dan Komputer Apple). Dan aku rasa macam takut2 jugak sebenarnya nak guna Mac OS ni. Takut tak sesuai dengan aku, takut tak compatible dengan macam2 kerja yang aku buat dan lain2 benda lah. Boleh dikatakan aku ni PC guy, bukan Mac guy. ahahahah.

Tapi lepas aku buat research, nampaknya komen pengguna2 Macbook Pro seluruh dunia sangat lah membuat aku teruja. Ayat2 seperti "No more lag, no more hanging, no more stupid error, once you switch you never go back to windows" dan macam2 lagi yang aku baca buat aku rasa teringin nak mendekatkan diri dengan Mac OS nih.

Dari segi harga pula, Dell Studio lebih mahal berbanding Macbook Pro. Dell Studio berharga Rm 4899. Pergh!!!! dekat 5k beb. Niamakahai punya mahal!! Macbook Pro pula berharga Rm 3899. Ya, harga tu memang masih mahal jika dibandingkan dengan laptop2 brand lain seperti Acer, Compaq, etc. Dari segi design, memang Macbook pro menang la. Dengan size yang nipis, unibody aluminium, memang style lah!!

Aku beli Macbook Pro tu dekat Apple Authorized seller iaitu Switch di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Selain Macbook Pro tu, aku beli jugak sedikit aksesori untuk laptop tuh. Aksesori yang aku beli ialah Apple Wireless Magic Mouse, Apple Remote, Padcase serta Bag Macbook. Aksesori pun boleh tahan jugak mahalnya!!huhuhu.

Nasib baik brader cina yang ada kat Switch tu sporting nak mampos. Nama dia Charles. Dia siap ajar aku basic2 nak guna Mac OS nih... Thank you bro! Dan memang seperti yang dikatakan di internet, memang Mac OS ni super laju! super smooth! super grafik! memang superb la. Aku rasa Windows tu macam diperhanjengkan oleh Mac OS nih. wakakaka.

Dan balik rumah aku try try sendiri je explore laptop tu. Memang cool. Apa2 software yang kita nak masukkan dalam laptop nih, tak payah install or buat anything pun. Just download, and click. Siap. Drag and Drop. Gilaaa. Tak sangka aku punya la advance OS dia sampai semua nya boleh dikatakan Auto. Isn't that amazing? (bak kata steve jobs. ngahaha)

Dan aku masih belum pro lagi dengan menatang nih, masih mencuba untuk ingat shortcut2 key yang baru dan sebagainya. Insyaallah nanti beberapa minggu lagi aku dah terer skit pakai benda ni, aku akan buat lagi satu review. Layan gambar2 kat bawah nih~

p/s : artikel ni takde niat nak menunjuk, bangga diri, bongkak, sombong dan sebagainya. cuma niat untuk berkongsi dengan kawan2 semua dan boleh menjadi rujukan korang untuk masa hadapan. salam :)

http://img.nattawat.org/images/xpdqze29789qstsrmv.jpg
http://img.nattawat.org/images/p8p5e0676bv2w4wcivlc.jpg

http://img.nattawat.org/images/7r8npsu7kknlsj1f9r.jpg
http://img.nattawat.org/images/0ejudadx4i6naxogzgt.jpg
http://img.nattawat.org/images/b9wodbd9mhvxrnagpknn.jpg
http://img.nattawat.org/images/pw9krnavtelzyomdny5b.jpg